8. Allah terus berbicara denganku….

Januari 2012

Sesudah itu…

Sesudah kawan-kawan & sanak keluarga pulang daripada berziarah & ambil berkat orang balik Haji. Sesudah katanya ramai malaikat yang ikut bersama dengan para Haji & Hajjah selama 40 hari setelah pulang dari Tanah Suci. Sesudah segala batuk & demam mula kebah. Sesudah tersedar daripada lamunan bahawa ini bukan lagi Hotel Darul Iman yang hanya 2 minit dari Kaabah. Sesudah ku sedar bahawa tiada lagi solat berjemaah 5 waktu di Masjidil Haram & Masjidil Nabawi. Then what?

Kini, setelah lebih sebulan berlalu. 

Fasa Pasca-Haji…

Saya tak pasti tentang sahabat-sahabat lain. (Alhamdulillah graduan segrup Haji masih berhubung tapi belum sempat menyelami hati naluri yang dalam untuk berbincang tentang topik ini. InsyaAllah reunion besar-besaran sedang dirancang). Tapi bagi saya, tuntutan keluarga, anak-anak & mencari rezeki terus menanti sesampai di tanahair. Maka terjunlah aku kembali ke dalam rutin harian yang menuntut masa, tenaga & fikiran yang bukan sedikit. Maka bermulalah fasa seterusnya….. 

Rupanya ini lah Fasa paling getir. Fasa keliru. Fasa ‘back-to-reality’. Atau fasa Yang mana satu realiti sebenarnya…

Sejujurnya, walaupun aku cuba meneruskan kehidupan seperti biasa (cuma cubalah untuk mengekalkan 1-2 rutin tambahan yang dilakukan semasa di Tanah Suci), tapi setelah hari berganti hari, hati ku masih bergolak. Rasa serba tak kena. Mula-mula ku pujuk juga hati ini. Sabarlah…mungkin tengah jetlag lagi, tengah serabut hal kerja agaknya, tengah pening melayan karenah anak-anak, atau tengah cuba mengatur kembali masa. Sangkaanku bahawa diri mungkin ‘berubah’ menjadi lebih baik setelah melalui Madrasah Haji ternyata meleset.  Lebih mendebarkan lagi apabila ku baru sedar, masyaAllah….semakin kasar rupanya perangai ku…semakin tak sabar pula perlakuanku…. semakin kacau pula jiwaku. Terutamanya semasa aku di tempat kerja. Lebih keliru. Kenapa? Tak ‘mambrur’kah haji ku? Di mana rasa yang pernah ku rasa itu? Damai itu. Ketenangan itu. Kelembutan itu.

Aku mula bertanya kembali. Mula menyoal diri.  Mungkin ada beberapa teori yang bisa menyuluhi. Samada ada yang tak kena dengan diri ku kini, ATAU cuma rasa ku kini yang semakin sensitif, lebih tinggi daripada sebelum ini. Beberapa sahabat baik yang lebih berilmu turut ku rujuki.

Akhirnya, aku kembali kepada yang Maha Pemberi. Dia yang Maha Memahami, yang berkuasa mencipta rasa ini. Aku kembali kepadaNya , untuk bertanya, untuk memohon ampun, untuk mencari lagi….dan perlahan-lahan ‘suara’ itu kudengari….sedikit demi sedikit, cahaya itu menyinari. Aku cuba memahami walaupun masih belum ku pasti. Kalau benarlah itulah jawapannya, maka benarlah….Setiap hari, setiap ketika…Allah sememangnya sedang berbicara dengan kita. Tapi aku yang sebenarnya selalu terlupa akan ‘suara’ itu, atau mungkin buat-buat tak dengar, atau aku mungkin memilih untuk mendengar kata nafsu & hati, atau mungkin yang paling teruk, aku mungkin memilih mendengar nasihat iblis.   Apakah sebenarnya ini? Kenapa begini?Apakah ini sebenarnya ‘kata-kata’ dariMu Yang Suci? Tiba-tiba terkedu mengenangkan bahawa akulah yang sebenarnya meminta ‘kata-kata’ itu. Hidayah itu. Petunjuk itu.  17 kali sehari. Maksudnya, paling kurang, dah 161,330 kali (17kali seharix365harix26thn) aku telah minta daripada yang Maha Pemberi. The problem is, I ask…but I don’t listen. Astargfirullah!!   Aku perlu kembali. Tapi apakah ertinya Kembali kepadaNya? Apakah ‘kembali’nya seseorang itu adalah terletak kepada pakaiannya yang sudah berbeza ? …atau apakah ‘kembali’nya kita kepada Allah itu terjadi apabila seseorang itu mula kerap ke majlis zikri atau ilmi.  Tapi telah kembalikah aku kepada Tuhan sebenarnya? Aku sering melakukan dosa. Sudahkah aku benar-benar telah ‘kembali’ kepada Sang Pencipta untuk memohon kasih & redhaNya?

Firman Allah: (maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan berinabahlah (kembalilah) kamu kepada Tuhan kamu, serta serahlah diri kepadaNya, sebelum datang kepada kamu azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”. 

 Aku harus ingat kembali tentang pelajaran yang ku dapat & selalu pegang semasa di Tanah Suci. Di sana… bukankah setiap langkah yang diatur, setiap gerak laku adalah niatnya keranaMu? Bukankah setiap halangan, rasa & insiden yang terjadi, ku asbabkan kerana izinMu, kerana Engkau ingin memberi lesson atau petunjukMu kepadaku?Jadi kenapa ia harus berbeza setelah aku pulang?  Bukankah ini juga dunia yang sama yang Kau cipta sebagai pentas ujian untuk semua hambaMu? Tiba-tiba segalanya lebih jelas. Mungkin tidak benar pendapat sesetengah orang yang mengatakan bahawa ‘its back to REALITY’ apabila kita kembali KE SINI. Memetik kata-kata sahabat baikku, ‘Kenapa perlu apa yang berlaku DI SINI yang menjadi REALITInya?

Agak dalam kata-kata itu. Tapi sejenak ku fikirkan…Yes, Kenapa tidak REALITI itu sebenarnya apa yang kita rasa semasa DI SANA? Kenapa REALITI itu tidak boleh kita bawa ke SINI? Jika damai itu di sana, kenapa perlu ia hilang setelah aku di sini? Bukankah ini hati yang sama, tubuh yang sama, pentas ujian hidup yang sama, Tuhan yang sama?  Akulah yang sebenarnya menjadikan ia berbeza. Akulah yang memilih samada untuk ke ‘masjid’ (tempat kerja?pasar?) setiap hari untuk ‘beribadah’ (buat apa di sana?) ATAU BUKAN untuk ke ‘masjid’ untuk melakukan pekerjaan yang diredhaiNya.  Adakah langkah yang ku atur kini sama niat matlamatnya dengan semasa di sana? Aku mula sedari. Rupanya kena lebih muhasabah diri. Apa tujuan hidupku sebenarnya. Mengejar urusan dunia sementara yang tak pernah henti. Atau mencari ketenangan dunia & akhirat yang abadi. Tiba-tiba semakin kuat bisikan di telingaku…..Kalau kejar dunia, akhirat akan lari. Kalau kejar akhirat, Dunia akan turut datang dengan sendiri.  Harus ku soal satu persatu….Pilihan sebenarnya di tanganku. Jika tenang itu bila Niatnya untuk mencari RedhaNya. Jika tenang itu bila sesuatu yang kulakukan itu diRedhaiNya. Jika tenang itu bila Matlamatnya hanyalah RedhaMu. Maka tidak maukah aku lagi rasa itu?

Ya Allah, lemahnya aku, zalimnya aku. Dosa yang sama masih ku ulang tanpa jemu, walau setelah ku tahu. Tatkala Engkau sering berbicara dengan ku, masihkah aku di takuk yang lama, masih takut untuk mengorak langkah, tiada beria mahupun usaha, untuk aku kembali kepadaNya?

Advertisements

7. Ada apa dengan Mina?

Pemandangan biasa di Mina. Padat dengan manusia tidur di merata-rata. Bawah & atas jejambat, atas bukit, tepi tandas, atas jalan. Allahu Akbar!

              Kenapa bermalam 3 hari di Mina? Apa yang istimewanya bumi yang hanya luasnya 8.6km persegi ini? Adakah Mina diingati sebagai tempat jemaah diuji dengan kesusahan? Tentang tandas yang terhad? Mungkin ada pelbagai pandangan & penjelasan dari segi sejarah & fadilat agama. Mungkin agak sedikit buku-buku atau ustaz yang boleh memberi penjelasan yang memuaskan hati.

Bagi saya Mina adalah paling istimewa (selain tawaf). Ia sedikit misteri.  Ia juga adalah tertib yang terakhir sebelum kita bertahalul dan melakukan Tawaf Haji yang akan menjadi penutup kepada semua tertib Haji. Kenapa? Wallahu a’lam. Tapi mesti ada banyak hikmah di sana. Bagi saya ia umpama the Final Exam or the most difficult subject in Allah’s syllabus kerana ia open-ended question. Selama 3 hari itu Allah hanya suruh kita  Melontar di 3 Jamrah, Menyembelih korban & mengingati Allah di bumi Mina. Jutaan jemaah dari seluruh pelusuk dunia kena duduk beramai-ramai di Mina (paling kurang 2 hari lebih untuk yang Nafar Awal).  Di Mina jugalah kita akan dapat tengok pelbagai gelagat manusia yang pelik-pelik.

Mungkin yang akan menentukan sama ada kita dapat CGPA 4 atau 3 atau fail kena re-sit paper adalah juga Mina. Ibadah yang lain adalah lebih singkat & lebih spesifik kaedahnya. Bandingkan masa:

Tawaf:  45min-1.5 jam (pada musim Haji orang sangat ramai)

Saie: Juga hampir sama dengan Tawaf

Wukuf di Arafah: Sekurang-kurangnya sesaat/seketika bermula gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah

Mabit di Muzdalifah: Juga sekurang-kurangnya seketika mulai separuh malam hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah.

Tetapi di Mina lebih kurang 72 jam. Jadi di sinilah ‘open-ended questionnya’. Selain Melontar yang memang spesifik di Mina (mungkin hanya mengambil masa 2 jam setiap kali pergi Melontar), apa lagi yang harus dibuat di Mina?

Debaran ibadah Melontar. Kumpulan jemaah haji berjalan berbondong-bondong, dengan bendera, uniform atau pakaian khas, teriakan Talbiah atau Takbir menggamatkan suasana, hebat sungguh mengalahkan perarakan kontinjen Olimpik.

Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. (Al Baqarah: 203)

Dikatakan bahawa Hari-hari Mina adalah hari-hari yang besar dalam Islam (Hari Korban Yaum al-Nahr/Yaum Eid Adha, Hari Tasyrik, Hari Tarwiyyah). Mina juga punya banyak signifikasi & banyak menyimpan sejarah peristiwa besar antaranya:

  • Ibadah Korban bermula di sini (peristiwa Nabi Ibrahim a.s melontar Syaitan & ingin ‘menyembelih’ Ismail a.s yang ditukar Allah kepada kibas)
  • Ia tentang Cita-Cita & Matlamat. Semasa Jibrail meninggalkan Nabi Adam di bumi (ditinggalkan di Mina), Jibrail telah bertanya tentang perkara yang dihajati & jawapan Adam adalah ‘Aku inginkan Syurga’. Memang di sana, matlamat mesti jelas sebab bila kita besarkan matlamat, barulah benda lain jadi kecil. Kalau tidak, benda kecil akan jadi isu besar. Contohnya bilik air memang sangat terhad, beberapa puluh sahaja untuk jemaah beribu-ribu lemon. Di Minalah, pakej ke atau muassasah ke, semua kongsi tandas yang sama. Semasa inilah ujian menjadi bertambah hebat. Matlamat mesti besar.

Dan yang hanya saya sedari semasa saya di sana adalah:

  • Peristiwa kebesaran kuasa Allah memusnahkan Tentera Bergajah Abrahah dengan Burung Ababil. The greatest Divine intervention happened here.
  • Selain di Mekah & Madinah, ada banyak juga wahyu/ayat yang turun di Mina. eg Surah al-Nasr, surah al-Mursalat.
  • Terdapatnya Masjid Khaif yang punya kelebihan istimewa:-Tempat Allah swt menghantar kibas kepada Nabi Ibrahim as sebagai ganti sembelihan. – Riwayat ibn Abbas mengatakan bahawa 70 orang Nabi termasuk Nabi Musa a.s. pernah solat di situ.
  • Perjanjian Aqabah 1 & 2 juga berlaku di Mina. Perjanjian yang penuh makna dalam sejarah Islam kerana di sinilah mulanya terbuka pintu dakwah Islam setelah Rasulullah saw menerima bai’ah kaum Ansar Madinah. Tanpa perjanjian ini, agaknya di mana Islam sekarang? 
  • Di Mina jugalah dikatakan bahawa Rasulullah telah melancarkan the Global Outreach Campaign yang pertama semasa khutbah Aidil Adha baginda. Cuba renungkan… para sahabat yang ikut serta dalam jemaah haji wada’ baginda pada tahun itu adalah lebih kurang 1,400 orang. Tetapi berapa ratus orang para sahabat sahaja yang mati atau syahid di Mekah atau Madinah selepas itu walaupun semua orang  tahu kelebihan mati di Tanah Haram? Ke mana perginya mereka? Jawapannya adalah kerana seruan & ganjaran kempen dakwah global Rasulullah menyeru kita semua untuk keluar menyampaikan Islam. Bukankah itu misi terulung kita sebagai Muslim & Mukmin sejati? Misi selepas pulang dari Mina? Kini baru betul-betul saya yakin….yang tempat sebenar seorang lelaki itu adalah di luar, di masjid sebagai Pusat Gerakan…seterusnya keluar untuk menyampaikan Islam serta amar makruf nahi mungkar. Dan yang perempuan, lebih molek masanya lebih di rumah….mendidik & mempersiapkan anak-anak untuk menjadi askar Islam yang harus punya ilmu & sahsiah yang tinggi. Selain ‘office’nya memang di rumah, beramal di rumah juga lebih cantik untuk elakkan fitnah & potensi terbuat dosa-dosa free yang lain. Al-maklumlah orang perempuan ni dah memang fitrahnya suka berhias nak cantik-cantik, suka berangan & suka bercakap (cara kami release tension). Tapi bila ‘terbercakap’ di masjid, apa cerita?  (Teringat lagi pengalaman di Masjidil Haram terutamanya. Memang kalau waktu menunggu waktu solat tu, alahai ramainya yang nak interview datang dari mana, nama sapa, kerja apa etc… maklumlah org perempuan ni kan ramah-tamah. Jadi tipsnya: mesti occupy diri dengan Al-Quran atau zikir (counter/tasbih). Kalau duduk diam tak sampai seminit pun, confirm akan ada yg dtg nak interview) 

Bagi saya ibadah Haji terutamanya semasa di Mina ini, bukanlah semuanya tentang apa yang perlu DIBUAT tetapi juga apa yang perlu DIFIKIR atau DIRANCANG. Saya rasa setiap Mission perlu ada Action Plan. Saya rasa Mina adalah tempatnya. Tempat di mana jutaan manusia disuruh berkumpul setempat selama 3 hari di kawasan yang kecil & padat. Tempat di mana kita semua bermuhasabah apa kelemahan & sifat buruk kita yang nak ‘dilontar’.Tempat di mana Rasulullah saw pernah menyampaikan misi dakwah Islam sejagat.  Tempat bilik gerakannya. Tempat kita buat brainstorming.

Saya betul-betul kagum dengan pemandangan di Mina, kalaulah jutaan umat Islam itu semuanya dapat disatukan oleh suatu kuasa kepimpinan dan dorongan inspirasi yang kuat menghala kepada satu tujuan yang sama…. Kalaulah semua yang hadir di Mina itu bergabung dalam satu Global Action Plan yang mantap, Islam pasti lebih hebat, Islam pasti menang.

Kita semua perlu bersatu. Lupakan segala perbezaan, ingat matlamat yang satu. Kita perlukan pemimpin yang menjunjung semangat perjuangan Rasulullah saw di kalbu. Kalaulah itu dapat dilaksana & dituju……      

Mungkin Roh Mina itu yang perlu kita cari dan hayati.

Tak apalah… mungkin kalau bukan the Global Action Plan, it has to be at least at the individual level.

Mungkin satu Personal Mission Statement. Mungkin itu yang sekurang-kurangnya perlu kita semua buat & jadikan resolusi ibadah haji…..

Bukan hanya bagi yang sudah pergi, malah juga yang akan menyusuli.  

Walllahu a’lam….

(Thank you Allah…..Mohon ampun, mohon istiqomah, mohon petunjuk & kekuatan untuk saya teruskan perjalanan ini….)

6. Its a Customised Syllabus…

Saya umpama sebutir pasir di dalam lautan manusia....

Saya mesti mula dengan memohon ampun & perlindungan daripada Allah kalau kata-kata saya nanti jadi fitnah atau tersasar jadi riya’…. Saya sedang cuba untuk ikhlas dalam setiap perkataan & perbuatan. Syaitan memang sentiasa berbisik. Saya nak ingatkan kembali niat saya menulis…Untuk refleksi peribadi saya. Moga jadi iktibar & pengajaran untuk saya selamanya….

Bagi saya…. 

  • Ibadah umrah tak hampir sama pun dengan ibadah Haji, dan ia bukan mini Haji. Bukan hanya dari segi Skalanya tapi juga Maknanya, Penghayatannya, Impaknya, Suasananya, Tekanannya. Ini mungkin juga kerana persiapan & ‘expectation’ saya, serta nilainya di mata saya yang berbeza. Mungkin juga di mata Allah. Jadinya, Ilmu & Persiapan mental, spiritual & fizikal harus lebih berganda.
  • Ibadah Haji punya masa & tempat yang spesifik. Selain daripada fadilat yang tercatat dalam buku, saya yakin roh dan aura setiap masa & tempat yang ditentukan itu adalah juga amat istimewa & berbeza-beza. Tapi untuk merasai roh/aura itu & memahaminya, harus punya Ilmu dan juga terpilih daripada jutaan lautan TetamuNya. Everybody may be there but only selected ones will feel it or will be chosen to get it.
     
  • Selain persiapan lain, Haji sangat memerlukan kekuatan & ketahanan mental & fizikal. Kaki & badan mesti kuat sebab jumlah berjalan kaki tak tahu berapa puluh atau ratusan kilometer semuanya, kasut juga mesti sesuai. Lautan manusia di setiap tempat, perjalanan ulang alik yang jauh setiap hari dari hotel ke masjid (yang muassasah lagi jauh), Tawaf semasa Haji kena jalan pusingan besar (tawaf wajib semasa haji sudah 3, umrah lagi, yang sunat lagi), atau di tingkat atas, sambil berasak-asak, kena tolak dgn Makcik Turki lagi 🙂 , Saie lagi dah berapa kali, jalan nak Melontar saja dah hampir 6km setiap hari (x 4 hari), kalau betul-betul nak ikut manasik Haji Rasulullah saw eg jalan dari Mina, jalan pulak balik ke Mekah untuk Tawaf sebaik sahaja lepas melontar Jamrah Aqabah lagi?  Maksudnya kita sebagai muslim & mukmin ni mesti physically fit, kalau tak susah nak beribadah & berdakwah.
  • Allah juga mungkin nak ajar, kalau nak ‘berubah’, wajib kena keluar dari ‘comfort zone’. Tinggalkan anak-anak,tinggalkan kereta, tinggalkan rutin kerja, tinggalkan keselesaan rumah, bilik air & makanan. 
  • Ada 2 jenis objektif orang pergi Haji:

(1) Untuk ‘Tutup Buku terus’, jadi mereka akan pergi bertaubat & lepas itu harapnya bersih apabila menghadap Allah nanti, tak ada dosa dah lepas itu. (ini untuk orang yang dah hujung usia, yang confirm tahu akan mati sebaik sahaja lepas balik Haji.) 

(2) Untuk ‘Buka Buku Baru’. Saya rasa majoriti besar kita kena masuk dalam golongan kedua sebab kita tak sure boleh ke terus mati sebaik sahaja habis buat Haji. Jadi kalau kita tahu bahawa ini adalah misi kita, maka kita kena cuba sebaik baik untuk ‘padamkan buku lama’ , ‘buka dan cepat tulis buku baru ni semasa & selepas balik dari Haji’. Jadi kena lah pergi semasa badan & minda kita dalam keadaan yang paling optimum (muda & sihat, below 40 is ideal) untuk kita dapat bertaubat & mengikuti kelas serta semua aktiviti & silibus di universiti Allah ni dengan lebih sempurna. Kalau kaki asyik sakit tak boleh pergi kelas, asyik sakit pinggang, badan berat, mengantuk, macam mana nak fokus & tangkap segala lessons yang diajar? Macam mana nak dapat extra credit hours/points & nak dapat masuk Dean’s List? Dan yang penting sekali optimumkah penghayatan ibadah kita untuk jadi bekalan iman & amal selepas graduate dari universiti itu nanti? Bukan untuk diri seorang, tapi untuk turut ajak anak-anak & keluarga & kawan-kawan juga.

Selain daripada kaedah, pengajaran & hikmah yang standard yang ustaz Tabung Haji ajar semasa Kursus Haji, refleksi ringkas saya yang lain antaranya:

  • Seluruh ibadah Haji adalah refleksi Kehidupan setiap yang bernama Manusia menuju mati.

– Hidup ini satu perjalanan pengabdian. Yang bermula sama (ada flight yang sampai dulu, ada yang kemudian) & akan berakhir bila sampai waktunya. Yang matlamatnya sama, hanya untuk Allah. Lahir seorang diri, masuk kubur seorang diri, kena hisab depan Allah pun seorang diri. Setiap amalan Haji banyaknya yang kena buat sendiri (tapi secara jemaah), ganjarannya pun lain-lain nilai. Kaedah yang diajar sama tapi bila dibuat, lain-lain pula jadinya.  Tak kisah datang & mula sebagai apa (Menteri, CEO, doktor, lawyer, petani, tukang sapu etc) tapi di mata Allah semua sama (laksana berihram). Yang pentingnya bila balik nanti bawa balik apa untuk dipersembahkan & dinilai Tuannya. 

Setiap tertib Haji  juga penuh perlambangan & makna istimewa.

  • Selain daripada iktibar kisah pengorbanan junjungan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar, Nabi Muhammad SAW, keluarga & sahabat….. semasa kita buat kembali apa yang pernah dibuat oleh para junjungan, kita juga boleh membayang & menginsafi betapa kurang & kerdilnya kudrat & iman kita. Dan bila berhadapan dengan sesuatu situasi atau keadaan atau persoalan dalam hidup nanti, cuba kita bayangkan….Kalaulah Rasulullah (atau Siti Hajar) yang berada dalam situasi ini, agaknya apa yang akan baginda buat? Atau jawab?  

 -Saya juga rasa sangat lemah kerana semasa Wukuf di Arafah, selama masa afdal berdoa iaitu selama lebih kurang 5-6 jam itu, sirah menitipkan bahawa Rasulullah berada di bawah terik mentari menadah tangan tanpa henti di atas unta dengan penuh khusyuk berdoa(hanya berhenti sebentar untuk mengambil & minum susu yang dihulurkan) sedangkan saya, walaupun mata membengkak, jiwa meratapi dosa-dosa yang berbeban-beban mohon diampun & banyaknya doa dari hati mohon diperkenan, namun hampir setiap 10-15 minit, asyik mengubah posisi. Simpuh ke kiri, ke kanan, duduk tahiyat, bersila, restless, lenguh etc. Di depan Allah pun, mata & fokus minda sesekali masih terganggu dengan pelbagai godaan aktiviti dunia di sekeliling. Ya Allah teruknya aku ni!

-Sampai sekarang juga saya masih teringat perbualan saya dengan Min semasa kami sedang Saie. Ada pendapat mengatakan Siti Hajar telah mengejar & mengikut suaminya Ibrahim dari Mekah tempat dia ditinggalkan sampailah ke Mina sambil bertanya berulang kali kenapa ditinggalkan walaupun tiada jawapan diterima. MasyaAllah…jauhnya, sabarnya dia, baiknya dia. Kalau saya lah di tempat itu, apa agaknya reaksi saya? Saya juga nak baca buku & belajar untuk mengenal Siti Hajar dengan lebih dekat selepas balik ini. Walaupun SH kurang popular berbanding kisah Siti Khadijah atau Aisyah, tapi pengorbanan & kisahnya sampai jadi syiar & amalan Haji (Saie) yang wajib diikuti oleh semua umat manusia yang datang mengerjakan rukun Islam kelima. Hebat wanita ini! Hanya seorang abdi hitam yang ditinggalkan seorang diri, tapi ibu tunggal yang berjuang membesarkan Nabi seorang diri. Tiadapun suami atau sesiapa di sisi menemani tapi jadi tuan tanah & zam zam di bumi Mekah yang paling suci.   

  • Haji jadi medan perjumpaan jutaan umat manusia. Semasa Haji, ramai yang jadi ‘ketua’, ramai yang jadi  ‘imam’ kerana ramai yang suka mengikut. Di Padang Mahsyar nanti, siapa Imam yang akan kita ikut?
  • Jalan kita memanglah menuju kepada Allah, tetapi ia harus melalui manusia. Sebab itu semua tertib amalan kebanyakannya kena buat secara berjemaah, ramai-ramai, sesak-sesak. Harus beri kebahagiaan & kebaikan pada orang lain, kemudian baru Allah beri pula pada kita. (habluminAllah, habluminannas) 

    Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang, yang memudah & membuka jalan....

  • Semasa bersiap nak berangkat untuk ke Arafah, ke Muzdalifah dan ke Mina, kita hanya boleh bawa satu beg troli kecil sahaja. Jadi kami semua betul-betul susun strategi apa benda yang penting yang perlu untuk keperluan di sana selama 4-5 hari itu. Alhamdulillah kami agak bijak mengatur senarai barangan yang hendak dibawa sebab semasa berkhemah itu, setiap benda yang nak diguna, ada dalam beg kecil tu. Soalnya: sebijak itukah persiapan saya semasa nak ke Padang Mahsyar nanti?
  • Arafah adalah bumi pertemuan. Pertemuan teragung Adam & Hawa. Pertemuan terulung seluruh umat manusia. Pertemuan ‘Mahsyar’ di dunia. Tetapi adakah kita hayati makna Arafah itu apabila kita tidak kenalpun siapa ahli-ahli sekhemah kita? Apabila kita hanya sibuk dengan urusan peribadi menunggu di bilik air. Atau apabila kita hanya sibuk dengan nak ‘chopp’ spot mana yang paling teduh semasa waktu afdal wukuf berdoa Zuhur ke Maghrib nanti, sampai mengabaikan silaturrahim?
  • Kita tahu masa kita di dunia ini pendek & suntuk. Tapi adakah kita rebut peluang yang singkat itu? Di Arafah misalnya. Semua dah diajar & ditaklimat bahawa waktu paling afdal bermunajat memohon ampun & doa adalah antara gelincir  hingga terbenam matahari. Tapi agak mengejutkan kerana selesai saja Khutbah Arafah, ramai yang tiba-tiba terus angkat tikar sejadah, ke khemah buffet makanan, ke tandas, bersembang, telefon anak di Malaysia etc. Astarghfirullah…..

    Arafah refleksi Mahsyar.....

  • Kenapa Mabit/bermalam di Muzdalifah selepas Wukuf di Arafah? Berehat atau mencari batu dalam kegelapan malam ? Apa ada padanya?  Maybe its about light (Arafah) & darkness (Muzdalifah)? Can we find ‘Allah’ & ‘ourselves’ in darkness? Death? Dalam gelap ada tenang, ada damai, ada  ‘benda’ yang harus kita cari. Apakah ‘cahaya’ yang boleh menyuluh untuk membantu?

    Bila bulan & bintang jadi saksi kebanjiran umat manusia, semuanya berselimut putih... di bumi Muzdalifah.

  • Dan bagi sesiapa yang pernah ke Masjidil Haram & Masjid Nabi, mesti akan tahu tentang Solat Jenazah yang akan dibuat setiap selepas solat fardu. Namun mungkin tak ramai orang Malaysia yang tahu betapa besarnya fadilat solat jenazah, sebab tu di Malaysia, bila ada kematian, kita tengok ramai yang tunggu di luar masjid & hanya upah pelajar-pelajar sekolah tahfiz yang memakmumkannya. Di Madinah, kami diingatkan oleh Ustaz Salihin* tentang fadilatnya yang sangatlah ‘menggunung tinggi’. Siapa nak ‘markah bonus’ lepas ni, silalah berlumba-lumba solat, urus & kebumikan jenazah.

Hadis Thauban r.a, bekas hamba Rasulullah s.a.w:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang jenazah, maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak). Jika dia menghadiri pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat. Satu qirat adalah sama dengan bukit Uhud.
*(saya juga rasa beruntung dapat kenal 3 adik baru  semasa perjalanan ini, semuanya Ustaz-ustaz muda kebanggaan kita,  pelajar Universiti Islam Madinah- Ustaz Zamir, Ustaz Aizat, Ustaz Salihin…. terima kasih banyak-banyak ye… 🙂 ) 

  • Dan akhirnya, tidak seperti SPM di mana semua orang dapat kertas soalan yang sama, semasa Haji, saya percaya semua orang akan diuji  dengan kertas soalan yang berbeza-beza, mengikut keperluan masing-masing. Contohnya, Allah tahu kelemahan & what are my areas of improvement, thus He really sent me the right test, at the right time, with the best demonstration. But dont worry, Dia Yang Maha Mengetahui, dan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Mungkin tak sampai terbuka aib, tapi siapa makan cili dia akan terasa pedas. Apa yang diminta atau dibuat, insyaAllah Dia bagi cash immediately. Astargfirullah al aziim…. 

Dan bagi saya inilah nikmat terhebat ibadah Haji, Sekolah terbaik daripada Guru yang terbaik…..

Adakah kita pelajar yang terbaik?

5. Kuasa Doa, Kuasa Dia…

Sejauh mana kita percaya bahawa ‘Doa adalah senjata orang mukmin’?

Kata Siti Nurhaliza – “Percayalah!” 🙂

Yang pastinya, saya teruskan doa saya. Lagi & lagi. Dan walaupun semua orang memang percaya, tapi setelah apa yang berlaku pada saya, saya nak kongsi juga di sini….yakinlah sebenar-benarnya bahawa Allah akan mengabulkan permintaan kita. Cuma cepat atau lambat. Di sini atau di sana. Tapi biasalah, kita manusia ni memang kurang sabar. Lebih-lebih lagi saya. Rawatan yang saya cuba pula (yang doktor kata terbaik setakat ini) tak berkesan. Kuasa manusia tak boleh mengatasi kuasa Dia. 

“Ya Allah, aku datang untuk mencari keredhaanMu, untuk menyampaikan rasa syukur di atas segala nikmat & ujianMu, Engkaulah yang Maha Mengetahui…Ampunkanlah dosa-dosaku, bantulah aku, berilah aku kesihatan & kekuatan, bagilah aku sentiasa suci  daripada hadas besar kerana aku hanya ada masa yang singkat saja di Tanah Suci untuk beribadat, terimalah amalanku, perbaikilah akhlakku, terimalah aku sebagai tetamu istimewa Mu…….”

Dengan berat hati, saya akhirnya ambil keputusan untuk mohon agar tempoh saya di Tanah Suci dipendekkan ke 21 hari, mainly for my health concern. I saw relief in my mom’s eyes.

Banyak pertolongan Allah datang. Serahkan pada Dia. He sent me so many angels. Selepas itu, saya mula dapat tahu ada lagi beberapa kawan dari UIA dulu yang juga akan turut berangkat mengerjakan Haji. (Maksudnya kalau sakit demam, adalah juga orang saya boleh cari kat sana agaknya.) Dan dalam kekalutan mencari & membuat persiapan, ramai yang menolong. My sister, Yasmin Ramzi, I can’t thank you enough for all the support & help you gave me. Dalam waktu yang singkat itulah, she & Farid gathered whatever resources we could have to prepare ourselves.  To my other sisters & brothers..and Dr Irwani, Rome & all my usrahmates, thanks for reminding me of our mission in life, for pacifying me when things became overwhelming at times.. Dr Aida, for your kind concern…my Bibik, for being my loyal assistant…my bosses: you’re the best….my staff: for your endless support. To my Mom, for your love & blessings. To arwah Ayah, I hope I can be anak yang solehah.. And to my kids, for being the reason for me to continue living. Dan yang lain yang tak boleh saya sebut semuanya di sini. Terima kasih. Saya hanya mampu balas dengan doa untuk kalian.

Dan kemuncak rahmat Allah adalah, 3 minggu sebelum berangkat, Allah telah akhirnya menjawab satu doa besar yang telah saya pohon kepadaNya sejak 2.5 tahun yang lepas. Alhamdulillah….Allahu Akbar!! 

 Seminggu sebelum tarikh berangkat, debaran semakin kencang. Saya menangis hampir setiap malam. Saya takut. Tapi tak tau apa yang saya takutkan. Mungkin saya takut sebab banyak dosa yang saya bawa. Mungkin sebab saya malu pada Allah yang telah & masih banyak melimpahkan nikmat hidup pada saya walaupun saya jarang bersyukur. Mungkin juga sebab kini baru saya dapat rasakan kasih sayang Allah yang telah lama saya cari. Mungkin sebab terbayangkan ramainya jutaan manusia yang akan berkumpul di sana, macam-macam boleh terjadi terutamanya semasa bersesak-sesak semasa Tawaf, sedangkan saya hanya umpama sebutir pasir di pantai. Dan semasa menulis wasiat yang saya tinggalkan sebelum saya pergi, saya dapat bayangkan inilah pelajaran yang Allah nak beri, inilah rasanya kalau kita tahu bahawa kita akan pergi meninggalkan segala yang kita sayang di muka bumi ini buat selama-lamanya nanti. Kalau inilah hari terakhirku di dunia ini, apakah yang akan aku lakukan?

 Akhirnya saya berangkat dengan penerbangan terakhir ke Tanah Suci, SV16 yang diatur khas oleh Tabung Haji Travel untuk Special case Group (seramai 38 orang) pada 1 November 2011. Saya betul-betul terharu dengan moral support daripada seluruh ahli keluarga & beberapa sahabat, yang sanggup ambil cuti untuk turun & iring pemergian saya dari rumah hingga ke airport. Semasa Pak Ngah melaungkan Azan tatkala kaki melangkah turun, airmata bercucuran gugur ke pipi. Begitu juga airmata mak & pakcik  semasa melihat saya, perempuan yang kecik ni berjalan seorang diri melepasi Balai Perlepasan sedang jemaah lain semuanya berpasangan atau berkumpulan. (they told me after I got back)

Bersama-sama saya di lapangan terbang pada ketika itu adalah 75 orang bakal jemaah lain dari agensi swasta yang akhirnya tidak dapat berlepas kerana visa yang sampai hanya lewat 30 minit. Kuasa manusia tak boleh mengatasi kuasa Dia. Dia berkuasa menentukan siapa yang akan jadi tetamuNya.

Semasa saya menunggu di Balai Menunggu tiba-tiba satu refleksi kembali di ingatan saya. Peristiwa yang berlaku pada hujung tahun 2009 semasa saya sedang berada di Balai Menunggu Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ketika dalam perjalanan pulang dari sesi brainstorming TV3 . Saya teringat pada waktu itu, tiba-tiba saja rasa sebak yang amat sangat datang entah dari mana bilamana terpandang satu pasangan suami isteri (yang sedang berpakaian ihram nak berangkat ke Tanah Suci). Saya ingat lagi, saya terduduk sambil telefon Farisha dan menangis teresak-esak (macam budak-budak tak dapat coklat) mungkin selama 2-3 minit tanpa sebarang kata. Kesian menggelabah dia dibuatnya. Bila saya dah OK, Fari tanya lagi (buat yang ke 100 kali agaknya), ‘Kenapa ni Ojai?’ Saya jawab ‘Entah Fari, i tiba-tiba sedih. I tak tau nanti I nak pergi Haji dengan siapa…..’ Fari kata “Takpe no worry Ojai, nanti I & Jefri akan bawa u pergi sekali bila sampai masanya nanti ok.’ Emmm….ingatan saya kembali semula ke KLIA. Tiada Farisha, tiada Jefri. Tapi saya sudahpun dalam perjalanan ke sana. Maha Suci Allah yang telah memberikan kekuatan ini kepada saya.

Our reunion in Bumi Barakah....Hjh Yasmin, Hj Farid, Hj Sarah, Hj Dawud, Hjh Nani, Hj Helmi, Hjh Shukriah, Hj Syahmi....Moga kita dapat berjiran di syurga, insyaAllah...

Doa saya teruskan. When we touched down at the King Abdul Aziz International Airport Jeddah, Allah sent me more angels to guard & help me….Kak Salmi & Abang Azuddin (may Allah bless you with happiness always). Kak Salmi saw me alone & invited me to join them, we ate, tawaf & went to mosques together for the next 20 days. I have a new family. Di sana, semua orang panggil kami DhuyufurRahman, Tetamu Allah yang dimuliakan (terus saya sendiri yang rasa istimewa). Di sana, saya dalam Maktab 100. Saya dengan Zue, my roommate dok bergurau….Kita special kan? Orang lain boleh mintak kalau nak masuk Maktab Tentera, Maktab Rendah Sains Mara, Maktab Perguruan….tapi nak masuk Maktab 100, musim Haji 1432h tak boleh mintak masuk, ini Allah yang pilih! Kami tergelak, sendiri yang rasa happy pulak… 🙂

Dan kini, mengimbas kembali pengalaman perjalanan pengabdian saya, saya sujud kepada Allah kerana telah mendengar banyak permintaan saya….Antaranya (yang mana yang saya boleh kongsi di sini): 

  • Jarak antara hotel dengan masjid sangat dekat (mungkin yang paling dekat). Hotel Dar-Eiman 80m dari Masjidil Haram, Hotel Oberoi Medina, 20 tapak saja dengan Pintu Pagar Masjidil Nabawi yang paling dekat dengan pintu masuk jemaah wanita. Boleh balik ke hotel hampir setiap kali lepas solat (sebab Allah tahu saya ada kesulitan)
  • Pilihan makanan yang best & sedap (macam juadah bulan puasa & Hari Raya, segala bubur lambuk, lemang, lontong, ketam, burung puyuh semua ada). Segala servis, kemudahan & pengangkutan berjalan lancar. Hampir tiada langsung kelewatan. Tahniah Tabung Haji!! Cuma ada 2 kali di mana bas kumpulan saya tiba ‘lewat’ daripada jadual asal yang diumumkan TH. Tapi itu rezeki Allah pada saya kerana lewatnya bas ke Arafah pada malam sebelum wukuf menyebabkan saya dapat menggunakan tandas di hotel lebih lama (sampai saja di Arafah terus tidur, tandas yang sikit tu tak perlu berebut dengan jemaah lain). Dan lewatnya bas sampai di Muzdalifah untuk ke Mina menyebabkan saya sempat menunaikan solat Subuh berjemaah di Muzdalifah untuk mengikut Sunnah Rasulullah saw….Alhamdulillah… 
  • Saya sebenarnya masih asthmatic sewaktu berangkat & belumpun sihat semasa sampai di Tanah Suci tetapi sampai saja di Padang Arafah pada malam sebelum wukuf, saya tiba-tiba terus dapat sedut udara & bernafas tanpa masalah. (secara logiknya, Arafah adalah tempat paling berdebu di sana) 
  • Selepas itu, terus diberi kesihatan & kekuatan untuk menjalankan semua tertib Haji, dapat ke masjid hampir pada setiap waktu & dapat bermunajat pada Allah. Cuma saya tiba-tiba demam pada malam terakhir di Mekah, beberapa jam sebelum Tawaf Wida’ saya (well i have some theories about that ..)
  • Saya juga boleh bertahan lebih lama (hingga beberapa jam) dalam wuduk semasa di sana. Cuma di Mina saya terpaksa tahan minum sebab tandas sangat terhad (kena menunggu mungkin hampir lebih setengah atau satu jam) 
  • Walaupun pakej saya sebenarnya adalah untuk 4 orang sebilik, tetapi saya di dalam bilik 3 orang di Mekah & seorang saja di Madinah. Diberi roommates yang sangat baik, helpful, kelakar & pandai menjaga silaturrahim.
  • I was quite worried about performing Tawaf Haji selepas Melontar Jamrah Aqabah pada Hari Korban sebab masa itu Kaabah memang sangat-sangat sesak (the crowd was at its peak), tetapi saya diajak oleh sekumpulan 15 orang rakan jemaah lain yang telah juga aturkan mutawwif untuk kami tawaf berkumpulan pada malam itu… me & other girls were ‘guarded/protected’ by about 9 men when we did our Tawaf  then.
  • I now have more new brothers & sisters….

Alhamdulillah……Allahu Akbar!!

4. Belum sampai seru?

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
 (Al-Hajj:26-28)

Setahu saya, Kaabah & ibadah Haji punya sejarah yang amat lama. Ada pendapat yang mengatakan Kaabah dijadikan sebelum penciptaan manusia (Adam) pun.

Serunya juga sudah lama. Allah dah mengabulkan doa Nabi Ibrahim yang menyeru seluruh umat manusia untuk tidak putus-putus datang mengerjakan Haji ke sana. Maksudnya ‘the open invitation’ sudah dihantar pada saya. Cumanya sebelum ni, saya belum ‘angkat tangan’ bagi tau yang saya sahut seruan itu & nak buat ‘RSVP’. Mungkin sebab saya selalu disuap dengan idea bahawa kita perlu ‘kaya’ (takde apa-apa hutang & dah ada rumah, kereta, anak-anak dah besar) dan bila kita dah cukup bersedia barulah pergi Haji, maka Haji tak lah masuk dalam my immediate To-Do List. Selalu pergi hantar orang-orang yang pergi Haji pun yang dah nak masuk umur 50. Dan Tabung Haji pun bagi saya tahun 2035 sebagai tahun untuk giliran saya dipanggil. Mungkin juga sebab sebelum ini tidak ada sesiapa pun yang datang pada saya dan mengajak atau menyuruh saya secara peribadi untuk pergi segera menunaikan Haji. 

Rasanya…bila kita dah ‘angkat tangan’, then the rest will be decided and arranged by the Organiser. Dia yang akan tentukan bagaimana dan bila kita akan dijemput menjadi TetamuNya. Mungkin itulah saat yang paling mendebarkan….

Adakah saya layak diterima menjadi Dhuyuf ar-Rahman (Tetamu ar-Rahman)?

Dipendekkan cerita, setelah berdoa selama beberapa bulan, akhirnya hanya pada 14 Sept 2011 (2 minggu sebelum penerbangan Haji pertama bertolak ke Tanah Suci), barulah saya menerima Kad Jemputan (melalui TH) menjemput saya untuk menjadi tetamu itu. MasyaAllah, masa itu barulah saya sedar bukan senang rupanya nak jadi Tetamu Dia…… Ilmu nak kena cukup (buku-buku dah baca, tapi kursus atau berguru belum pergi ni), persiapan mental, fizikal, spiritual semua nak kena siap cepat. Di sinilah sebenarnya ujian yang sebenar. Many may get His invitation. But how ready am I to face Him there?

Dan pada hari & minggu yang sama itu lah juga, laluan perjalanan ke sana mulai berliku…..

Satu demi satu ranjau menerpa. Pada ketika itulah, ujian dari tempat kerja datang “Crisis happened, dont think you can be away from work for more than 2 weeks, Ojai”…..ujian dari universiti ” Once you’re absent from class for more than 2 weeks, sorry you will have to defer the whole semestar to March 2012″…..dan akhirnya daripada doktor ” Rozaina, we discovered that you have a medical condition. We recommend that you go for an immediate surgery, else, there’s some risks that you may have to take”. Kerana itu juga, saya turut kerap ke tandas untuk buang air kecil, paling lama bertahan 30 -40 minit, jadi bolehkah saya lama dalam wuduk di sana? Selang beberapa minggu pula, saya asyik demam, kejap on, kejap off. Dan asthma saya  yang dah hampir 8 tahun menghilang, tiba-tiba datang pulak. Agaknya itulah waktu dalam hidup saya, saya pergi jumpa dengan paling ramai doktor dalam hidup saya.  

Ramai ahli keluarga yang nasihatkan supaya tangguhkan. Katanya, what’s the rush? Why not next year? Don’t go alone, find someone to go with you next year, can help to take care of you…..Saya akui, saya agak terkesan dengan pelbagai dugaan yang datang pada saat itu. Soalnya adalah, kenapa pada masa itu? Kenapa tidak sebelum ini. Saya teringat balik. Semua ini datang daripada Dia. Ingat tak yang saya hanya Hamba? Mungkin  Yang Maha Kuasa hanya nak tanya saya “OK, if you think this journey is going to be easy, think again. Are you really sure you want to accept this invitation of Mine? Do you believe that its Me who can make things happen? Do you have faith in Me?”

OK! Saya redha lagi. Saya cuba pinjam semangat Siti Hajar yang berjuang seorang diri di padang tandus. Saya pejam mata. Saya sahut seruan itu. Apa nak jadi, jadilah. Saya nak pergi juga & saya pasti Dia akan aturkan segala-galanya nanti, insyaAllah. Well…what’s the worst thing that can happen?

3. Nak Ke Mana?

Ada yang saya temui semasa menyusuri perjalanan selepas itu…

  • Sabar itu susah, sebab itulah ianya ‘separuh daripada iman’ agaknya. Tapi nak bersyukur itu lagi susah.  Al Baqarah, ayat 45 & 286 saya genggam erat-erat. Doa & airmata jadi azimat, penguat semangat di kala tak kuat. Saya mula mengira kurniaan Allah yang saya ada, tapi selalu tak ingat. AllahuAkbar, baru saya teringat saya ini memang kufur nikmat.“Nikmat ALLAH yang manakah lagi yang nak kamu dustakan?” Astargfirullah….
  • Walaupun Allah tarik ‘bahagia’ itu sekelip mata. Walaupun Ayah juga pergi tanpa sangka. Walaupun saya rindukannya di setiap hela nafas saya, saya harus ingat dia masih ada sebenarnya. Cuma sedang menunggu saya di sana. Tak lama lagi kita akan bersua. Tapi di mana?
  • Banyak hikmah di sebalik ujian & kesusahan. Ramai yang tahu menyebut tapi hanya tahu sakitnya bila sendiri menanggung. Cuma saya hanya jumpa & sedar selepasnya. Apa yang tinggal mesti saya jaga sementara masih ada. Banyak AmanahNya pada saya.  Jadi apalah ertinya jika saya hanya bersedih dengan apa yang dirasa. Kena bangun & jangan biarkan diri terus lumpuh tak berdaya…Tapi mampukah saya? 
  • Saya juga belajar erti ‘Sahabat’. Dan ‘Cinta’. Walaupun ramai yang masih ada. Walaupun Cinta menguji lagi, walaupun sakitnya masih dirasai, saya pasrah pada Ilahi. Terima kasih kepada yang menyayangi. Hanya doa saya agar Allah rahmati kita dengan kebahagian dunia wal akhirah bersama keluarga. Kalaulah ada Cinta antara kita….saya harap tiada Cinta yang lebih dalam daripada cinta kita pada Yang Maha Esa & KekasihNya. Jika matlamat kita sama, mungkin ada Cintamu itu untuk saya. Takkan sanggup saya tebus Cinta yg saya rasai ini dengan mana-mana Cinta pada manusia…kerana saya sememangnya tidak sempurna. Saya perlukan Ilmu & pimpinan. Pimpinlah saya ke sana… Cinta yang suci bukan sekadar rasa indah, memanja & merindui. But above all, please care for me. Indeed, I’m weak….dan tanggungjawab serta amanah itu yang pasti. 
  • Dan akhirnya, saya belajar untuk menyerahkan saja segala-galanya pada Dia. Dulu saya dibesarkan dengan fikiran bahawa ‘Untuk dapatkan sesuatu, dan bila usaha ke arahnya, saya boleh mendapatnya dengan izin Allah.’ Mungkin saya jadi keras hati, saya jadi idealistik, saya ingat saya pandai. Saya kemudian sedar bahawa Dia Yang Maha Kuasa yang menentukan & tidak memberi segalanya walau ikhtiar setinggi gunung. Semua benda berlaku atas takdirNya, tak semua boleh diusaha. Mungkin Allah juga nak bagi tahu bahawa saya tidak cukup usaha. Mungkin juga sebelum ini tiada redhaNya.  Jadi berlapang dadalah dengan ketentuan. Pahit ataupun manis. Memang susah. Tapi itulah hamba. Apa yang diingin atau diminta tak semestinya dikurnia. Maybe its not what you want but what you need or what you deserve. Mula-mula memang rasa terpaksa. Kekadang juga rasa seperti sepi, seorang diri. Tapi mungkin takdirnya saya perlu sendiri dalam pencarian ini. Dia ada untuk menemani. Akhirnya saya belajar erti ‘Redha’. Dia tak pernah zalim. Kalau bukan bahagia saya di sini, mungkin di sana nanti. Tapi saya kurang amal, kurang iman. Saya kena usaha. Dan doa. Saya kena tinggalkan dunia ini nanti dengan RedhaNya. Hanya RedhaNya.

Alhamdulillah….saya sedang mencuba. Saya banyak dosa. Saya hina. Saya tak berdaya. Saya hamba.

“Ya Allah ku mohon kekuatan & keimanan daripadaMu. Aku takut ya Allah. Janganlah tinggalkan aku seorang ya Allah. Berilah aku petunjuk, berilah aku jalan pulang. Berilah aku redhaMu .”

Saya mula mencari. Saya mula meminta. Saya kena kerap angkat tangan berdoa. Saya cuba dekatkan diri dengan Dia. Saya cuba tinggalkan sedikit keseronokan dunia. Saya juga beritahu seseorang, walaupun amalan saya sangatlah tak seberapa, saya banyak urusan dunia & harta belum sedia, saya punya anak-anak untuk dijaga, dan saya tak ada sesiapa untuk temankan saya, saya kena sekurang-kurangnya sempurnakan dulu rukun Islam saya yang hanya lima. Memang Tuan saya ada di mana-mana, dan saya boleh berjumpa denganNya pada bila-bila masa, tapi Dia yang suruh saya pergi tinggalkan segala jika saya mampu. Siapa yang kata saya tak mampu? Manusia atau Dia? Sungguh saya tak tahu apa ada di sana, tapi saya nak juga pergi dengan segera. Saya tak peduli apa orang kata. Saya takut saya mati bila-bila masa tanpa saya berusaha.

Dari Ibn Abbas RA, dari Rasulullah SAW, dia bersabda: “Bersegeralah kamu menunaikan haji yakni yang fardu, kerana sesungguhnya seseorang dari kamu tidak mengetahui apa yang akan ia hadapinya.” (Ahmad, Abu Daud)

Saya terus telefon & merayu dengan pegawai di Tabung Haji kerana peluang sebenarnya agak sukar, tempat sudah diberi kepada yang dah lama menanti, saya pula sendiri. Tapi katanya bolehlah dipertimbang sekiranya kuota tambahan diberi di saat-saat akhir nanti. Hampir setiap malam saya berdoa. Ampunkanlah saya. Bantulah saya. Permudahkanlah saya. Izinkan saya. Walaupun saya hina & banyak dosa, terimalah saya.

Saya tak tahu kenapa. Tapi saya betul-betul nak ke sana….

 

2. Aku hamba…

Mungkin bagi orang lain ini perkara biasa. Mungkin tiada yang istimewa. Sebelum ini pun saya pernah lalui macam-macam perkara. Tapi yang ini lain sungguh debarannya….

Dia Yang Maha Esa besar perancanganNya. Saya tak tau apa dia tapi mungkin Dia nak saya siapkan diri untuk perjalanan luar biasa ini sejak lebih 3 tahun yang lepas… Barangkali saya yang kurang sedar. 

Mungkin Dia nak bagi saya ingat kembali, siapa Tuan, siapa Hamba. 

Ingat tak saya hamba itu hanya untuk sembah Allah semata-mata? Ibu bapa, suami, anak-anak, pencapaian dunia… bukan sembahan. Jangan lebihkan mereka dan dunia berbanding cinta untukNya. Jadi Dia tarik balik sikit pinjaman itu daripada saya. Mungkin baru tersedar. Dia boleh memberi & boleh mengambil balik pada bila-bila masa. Tamparan Allah nikmat besar pengajarannya bagi saya. Dulu jahil, lupa, sombong dengan Allah. Hanya pandai minta itu, minta ini.  Hanya buat yang wajib-wajib. Jarang sekali nak berfikir tentang betapa banyaknya nikmat kurniaan yang Dia dah bagi sejak saya kecil. Sejak kecil saya banyak ketawa. Mungkin perlu menangis seketika sebab dulu saya lupa siapa hamba.

Hamba itu saya. Dah lupa?