8. Allah terus berbicara denganku….

Januari 2012

Sesudah itu…

Sesudah kawan-kawan & sanak keluarga pulang daripada berziarah & ambil berkat orang balik Haji. Sesudah katanya ramai malaikat yang ikut bersama dengan para Haji & Hajjah selama 40 hari setelah pulang dari Tanah Suci. Sesudah segala batuk & demam mula kebah. Sesudah tersedar daripada lamunan bahawa ini bukan lagi Hotel Darul Iman yang hanya 2 minit dari Kaabah. Sesudah ku sedar bahawa tiada lagi solat berjemaah 5 waktu di Masjidil Haram & Masjidil Nabawi. Then what?

Kini, setelah lebih sebulan berlalu. 

Fasa Pasca-Haji…

Saya tak pasti tentang sahabat-sahabat lain. (Alhamdulillah graduan segrup Haji masih berhubung tapi belum sempat menyelami hati naluri yang dalam untuk berbincang tentang topik ini. InsyaAllah reunion besar-besaran sedang dirancang). Tapi bagi saya, tuntutan keluarga, anak-anak & mencari rezeki terus menanti sesampai di tanahair. Maka terjunlah aku kembali ke dalam rutin harian yang menuntut masa, tenaga & fikiran yang bukan sedikit. Maka bermulalah fasa seterusnya….. 

Rupanya ini lah Fasa paling getir. Fasa keliru. Fasa ‘back-to-reality’. Atau fasa Yang mana satu realiti sebenarnya…

Sejujurnya, walaupun aku cuba meneruskan kehidupan seperti biasa (cuma cubalah untuk mengekalkan 1-2 rutin tambahan yang dilakukan semasa di Tanah Suci), tapi setelah hari berganti hari, hati ku masih bergolak. Rasa serba tak kena. Mula-mula ku pujuk juga hati ini. Sabarlah…mungkin tengah jetlag lagi, tengah serabut hal kerja agaknya, tengah pening melayan karenah anak-anak, atau tengah cuba mengatur kembali masa. Sangkaanku bahawa diri mungkin ‘berubah’ menjadi lebih baik setelah melalui Madrasah Haji ternyata meleset.  Lebih mendebarkan lagi apabila ku baru sedar, masyaAllah….semakin kasar rupanya perangai ku…semakin tak sabar pula perlakuanku…. semakin kacau pula jiwaku. Terutamanya semasa aku di tempat kerja. Lebih keliru. Kenapa? Tak ‘mambrur’kah haji ku? Di mana rasa yang pernah ku rasa itu? Damai itu. Ketenangan itu. Kelembutan itu.

Aku mula bertanya kembali. Mula menyoal diri.  Mungkin ada beberapa teori yang bisa menyuluhi. Samada ada yang tak kena dengan diri ku kini, ATAU cuma rasa ku kini yang semakin sensitif, lebih tinggi daripada sebelum ini. Beberapa sahabat baik yang lebih berilmu turut ku rujuki.

Akhirnya, aku kembali kepada yang Maha Pemberi. Dia yang Maha Memahami, yang berkuasa mencipta rasa ini. Aku kembali kepadaNya , untuk bertanya, untuk memohon ampun, untuk mencari lagi….dan perlahan-lahan ‘suara’ itu kudengari….sedikit demi sedikit, cahaya itu menyinari. Aku cuba memahami walaupun masih belum ku pasti. Kalau benarlah itulah jawapannya, maka benarlah….Setiap hari, setiap ketika…Allah sememangnya sedang berbicara dengan kita. Tapi aku yang sebenarnya selalu terlupa akan ‘suara’ itu, atau mungkin buat-buat tak dengar, atau aku mungkin memilih untuk mendengar kata nafsu & hati, atau mungkin yang paling teruk, aku mungkin memilih mendengar nasihat iblis.   Apakah sebenarnya ini? Kenapa begini?Apakah ini sebenarnya ‘kata-kata’ dariMu Yang Suci? Tiba-tiba terkedu mengenangkan bahawa akulah yang sebenarnya meminta ‘kata-kata’ itu. Hidayah itu. Petunjuk itu.  17 kali sehari. Maksudnya, paling kurang, dah 161,330 kali (17kali seharix365harix26thn) aku telah minta daripada yang Maha Pemberi. The problem is, I ask…but I don’t listen. Astargfirullah!!   Aku perlu kembali. Tapi apakah ertinya Kembali kepadaNya? Apakah ‘kembali’nya seseorang itu adalah terletak kepada pakaiannya yang sudah berbeza ? …atau apakah ‘kembali’nya kita kepada Allah itu terjadi apabila seseorang itu mula kerap ke majlis zikri atau ilmi.  Tapi telah kembalikah aku kepada Tuhan sebenarnya? Aku sering melakukan dosa. Sudahkah aku benar-benar telah ‘kembali’ kepada Sang Pencipta untuk memohon kasih & redhaNya?

Firman Allah: (maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan berinabahlah (kembalilah) kamu kepada Tuhan kamu, serta serahlah diri kepadaNya, sebelum datang kepada kamu azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”. 

 Aku harus ingat kembali tentang pelajaran yang ku dapat & selalu pegang semasa di Tanah Suci. Di sana… bukankah setiap langkah yang diatur, setiap gerak laku adalah niatnya keranaMu? Bukankah setiap halangan, rasa & insiden yang terjadi, ku asbabkan kerana izinMu, kerana Engkau ingin memberi lesson atau petunjukMu kepadaku?Jadi kenapa ia harus berbeza setelah aku pulang?  Bukankah ini juga dunia yang sama yang Kau cipta sebagai pentas ujian untuk semua hambaMu? Tiba-tiba segalanya lebih jelas. Mungkin tidak benar pendapat sesetengah orang yang mengatakan bahawa ‘its back to REALITY’ apabila kita kembali KE SINI. Memetik kata-kata sahabat baikku, ‘Kenapa perlu apa yang berlaku DI SINI yang menjadi REALITInya?

Agak dalam kata-kata itu. Tapi sejenak ku fikirkan…Yes, Kenapa tidak REALITI itu sebenarnya apa yang kita rasa semasa DI SANA? Kenapa REALITI itu tidak boleh kita bawa ke SINI? Jika damai itu di sana, kenapa perlu ia hilang setelah aku di sini? Bukankah ini hati yang sama, tubuh yang sama, pentas ujian hidup yang sama, Tuhan yang sama?  Akulah yang sebenarnya menjadikan ia berbeza. Akulah yang memilih samada untuk ke ‘masjid’ (tempat kerja?pasar?) setiap hari untuk ‘beribadah’ (buat apa di sana?) ATAU BUKAN untuk ke ‘masjid’ untuk melakukan pekerjaan yang diredhaiNya.  Adakah langkah yang ku atur kini sama niat matlamatnya dengan semasa di sana? Aku mula sedari. Rupanya kena lebih muhasabah diri. Apa tujuan hidupku sebenarnya. Mengejar urusan dunia sementara yang tak pernah henti. Atau mencari ketenangan dunia & akhirat yang abadi. Tiba-tiba semakin kuat bisikan di telingaku…..Kalau kejar dunia, akhirat akan lari. Kalau kejar akhirat, Dunia akan turut datang dengan sendiri.  Harus ku soal satu persatu….Pilihan sebenarnya di tanganku. Jika tenang itu bila Niatnya untuk mencari RedhaNya. Jika tenang itu bila sesuatu yang kulakukan itu diRedhaiNya. Jika tenang itu bila Matlamatnya hanyalah RedhaMu. Maka tidak maukah aku lagi rasa itu?

Ya Allah, lemahnya aku, zalimnya aku. Dosa yang sama masih ku ulang tanpa jemu, walau setelah ku tahu. Tatkala Engkau sering berbicara dengan ku, masihkah aku di takuk yang lama, masih takut untuk mengorak langkah, tiada beria mahupun usaha, untuk aku kembali kepadaNya?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s